Followers

Tuesday, July 1, 2008

Pelajar Baru Masuk UIAM Gombak

Hari ni tarikh pendaftaran untuk budak baru terutama yang baru lepas grad dari pusat asasi UIA. Tahniah untuk yang berjaya. Tadi sempat la membantu dan berjumpa beberapa orang yang saya kenal. Walaupun lama tak jumpa, masih ada lagi yang kenal diri saya. Alhamdulillah, hikmah persaudaraan sesama Islam. Ada yang tegur, abang ni komiti taaruf kat matrik dulu ek? Macam pernah jumpa jek abang ni, program ape ek? aku hanya mampu tersenyum dan aku menghulurkan salam menyapa mesra dan megalu-alukan kemasukan mereka semua ke kampus utama UIA.
Yang paling penting adalah ukhuwah yang terbina itu tidak sahaja terhenti setakat program. masih lagi ada kemesraan walaupun di luar program dan dah lama tak berjumpa. Syukur, Allah berikan kelebihan untuk berkomunikasi dengan baik.
Doa saya, semoga adik-adik atau saya lebih suka menggunakan sahabat-sahabat yang baru masuk ini, dapat menyesuaikan diri dengan cepat terutama apabila berada dalam persekitaran yang baru. tak dapat saya nak letakkan gambar tentang hari pendaftaran mereka kerana tak punyai kelengkapan kamera. kena beli satu ni...sape yang nak sponsor??angkat tangan!hehe..
Dan hari ini, keputusan semester pendek akan keluar. Berdebar rasanya nak tahu result. Apepun yang akan diterima nanti, sesungguhnya saya redha. Kerana saya tahu, setakat mana usaha yang telah saya letakkan bagi menghadapi peperiksaan akhir semester yang lepas. Semoga Allah permudahkan segalanya...

1 comment:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM..SY PELAJAR TINGKATAN 5 DI SEBUAH SEKOLAH TEKNIK DI NEGERI SEMBILAN.NAMA SY NURUL FARAHANA RAHIM.SY TERINGIN SEKALI MELANJUTKAN PELAJARAN DI UIAM,GOMBAK DLM BIDANG PENGAJIAN ISLAM ATAU UNDANG-UNDANG SYARIAH..APAKAH PENGALAMAN SAUDARA SEPANJANG MENJADI PELAJAR DI UIAM? ADAKAH SERONOK?