Followers

Sunday, June 7, 2009

PMGK ROCKS!


“Assalamualaikum syah, Kak Su nak tanya ni, Syah bleh jadi Fasi tak untuk PMGK minggu ni?

“Hurm, Syah tak sure lagi la kak”

“Ala syah, bleh la ek…Bila lagi. Dah lama Syah tak jadi Fasi. Boleh ek…?”

Aku berfikir-fikir. Memang dah lama aku tak jadi Fasi. Banyak program yang aku sertai aku hanya berpeluang menjadi Jurulatih. Dah lama tak mengasah bakat menjadi Fasilitator.

“Ok kot kak, InsyaAllah boleh”

“Full time k, dari ari Jumaat sampai Ahad”

“Orite kak. InsyaAllah”

“Ok, thanks Syah. Ari Rabu nanti ada induksi Fasi. Wajib datang k!”

“Ok kak. Thanks!”

Program Menara Gading Kebangsaan 2009 anjuran PKPIM baru je selesai. Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah SWT yang memberikan ruang masa untuk aku berkhidmat sebagai Fasilitator untuk program kali ni. Setelah sekian lama aku peramkan skill-skill menjadi Fasi ni, akhirnya aku tekad, aku perlu kembali semula seperti dulu. Menjadi seorang Fasilitator, merupakan satu kepuasan bagi diri aku.

Secara peribadinya, aku enjoy sangat dengan PMGK ni. Sampai saat ini, aku ulang main lagu tema PMGK. Walaupun baru je berpisah dengan adik-adik kumpulan aku (Mieyol, E-pol, Munir, Fasha, Sukma, Fiqah, Myrah, Hanan) petang tadi, terbit plak rasa rindu dekat diorang ni. Huhu. Kumpulan yang aku handle dengan seorang lagi fasi dari KISDAR, Atikah memang ROCKS! Aku saspek ar dengan semua ahli kumpulan aku. Kitorang dah macam family dah. Gurau senda, lepak sesama, gelak tawa semua buatkan kami tak pernah bosan untuk berkumpul bersama. LDK kitorang dipenuhi dengan gelak tawa tetapi dalam masa yang sama, diselang selikan dengan pengisian dan perkongsian pengalaman sebagai mahasiswa kat universiti. Harapan aku, apa sahaja yang adik-adik aku dapat dari LDK, dapat dimanfaatkan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi yang baru menjejakkan kaki ke alam menara gading.

Syukur aku atas kurniaan ukhuwah antara kami. Dan aku mengharapkan ianya akan terus kekal sehingga ke akhir hayat. Dan kepada adik-adik yang baca posting abang ni, abang nak ucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan partisipasi yang amat baik sepanjang program. Abang bangga dengan keberaniaan adik-adik dan abang tahu dan yakin dengan potensi adik-adik untuk menjadi seorang mahasiswa yang lebih terbuka mindanya dan juga seorang mahasiswa yang terbuka hati dan jiwanya kepada kerja-kerja da’wah. InsyaAllah.

Akhirnya, all the best untuk adik-adik abang! Semoga perhubungan yang terbina antara kita ini menjadi satu titik tolak untuk kita membina satu jaringan da’wah yang akan memberikan manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya. Maafkan atas salah silap dan keterlanjuran kata abang sepanjang program.

Selamat melangkah ke alam menara gading adik-adikku:

Mieyol – stay cute and happy go lucky! Bersyukur ye atas ujian yang Allah bagi. Pastinya ada hikmah di sebaliknya. Semoga Allah berikan kesembuhan. Bantal busyuk jangan lupa ek..Abang terbuat peta plak kat situ…(ooopsss, sorry mieyol, terbagi tau plak mieyol ade bantal bucuk..huhu)

E-pol- Jangan blur-blur lagi ye! Dah tak malu dah skang kan..heheh… teruskan konsisten dengan menyertai persatuan.

Munir – Maaf, tak sempat nak tunjukkan cara kiraan pointer. Nanti pepandai la ek carik sendiri. Hehe. Apepun, Munir seorang ketua yang baik. Keep it up!


Myrah (kiri) and Fasha (kanan)

Myrah- U got the potential. Don’t give up. Keep up with ur good work. Banyakkan lagi pembacaan untuk berhujah dengan lebih baik dan lebih yakin.

Fasha- Maintai comeyl macam Fasha Sanda. Tapi maintain akhlak seperti Fasha skang. Ambil peluang untuk join mana-mana program PKPIM yang lain. All the best!


Fasha (depan), Sukma (belakang)

Sukma- Juga ade potensi yang baik untuk menjadi leader. Keep it up! Jangan lupa untuk bersama dengan jemaah kalau dah masuk Uitm Segamat nanti.

Hanan (kiri) and Fiqah(kanan)

Hanan- You do have potential. Cari kelebihan dalam diri Hanan and burst it up to the best that u can. Aktifkan diri dengan PKPIM kat UIA PJ ye. Good Luck!

Fiqah- “orang segitiga memang macam tu..” Huhu. Sori ek. Abang memain jek. Lepas ni kena lebih outspoken and be more confident. Nothing wrong to be a talkative person as long as you know the limit. All the best!

Kak Ika- Thanks for being a good partner. Nanti leh keje sama-sama lagi. Sorry ek kalau ade pape salah silap.

Teruskan berjasa selagi hidup!

1 comment:

PriNceghOstz said...

tahniah la sbb leh jdik fasi..
hehe...
cam besh jer kan...
tp syg la,,,
ana xleh nak ikot..
hehe