Followers

Wednesday, June 3, 2009

Entah bila pula waktuku?

Tengah rehat-rehat kat bilik hari Isnin lepas, dapat call dari Melaka. Hurm, siapa pulak ni?

"Assalamualaikum"

"Wa'alaikumsalam"

"Syah, Fizan ni. Ada dengar berita pape tak?"

"Owh, fizan. Hurm, berita ape? takde dengar pape pun..Berita pasal pe?"

"Syah kenal Sham?"

"Sham?? Abang Sham?"

"Yup, abang sham.."

"Nape ngan dia?"

"Hurm...Abang Sham dah meninggal pukul 4 petang tadi..."

"Eh, yeke? Sakit ape?..." terkedu aku...hilang kata...

"Dia dah tak sedar dari Jumaat lagi, sakit barah otak, sakit orang buat pun ade jugak...."

Terus aku hilang kata. Fizan tenangkan aku..

"Syah doakan dia k. Kita sama-sama doakan dia tenang kat sana...."

Hilang kata, aku tak percaya. Abang Sham pergi dalam usia yang muda. 30 tahun.

Semoga kau tenang di alam sana. InsyaAllah.

Lantas aku teringat akan firman Allah yang bermaksud:
Setiap dari diri manusia ini pastinya akan merasai detik kematian


Entah bila pula waktuku??



No comments: