Followers

Monday, June 15, 2009

Wahai diri!


Wahai diri,

22 tahun sudah kau berjalan di muka bumi tuhan,
Apakah sumbangan kau pada agama dan ajaran Tuhan?
Apa kau tiada malu berlaku hipokrit di hadapan Allah?
Sekejap kau begitu, sekejap kau begini….

Wahai diri,
22 tahun umurmu, kemana telah kau habiskan?
Gelak tawa dan kata-kata kau jarang-jarang membawa kepada peringatan kepada-Nya,
Malah mungkin tidak pernah langsung menmbawa kearah itu, lebih menyesatkan!

Wahai diri,
22 tahun umurmu,
Kau pernah hadapi pelbagai dugaan kehidupan,
Tapi apa pernah kau bersyukur kerana Allah memberikan kehidupan ini kepada kau?
Apa pernah kau datang sujud dengan penuh harap agar segala dosa kau selama ini diampunkan oleh-Nya?
Apa kau tiada malu berjalan di atas bumi Allah dalam keadaan kau berdosa…

Wahai diri,
Tidak sedarkah kau betapa hipokrasi berleluasa dalam diri kau?
Sampai bila mahu menjadi orang yang bermuka-muka?
Sampai bila mahu bergelumang dengan noda dan dosa?
22 tahun Allah bagi peluang,
Tidak takutkah akan pangggilan Allah untuk terakhir kalinya?
Sedang panggilan dan seruan 5 kali setiap hari acapkali kau alpa dan leka….
Apakah kau cukup bersedia andai saat dan tika ini, ajalmu sampai?

Wahai diri!
Jawablah segala persoalan ku…
Mengapa? Kau takut bukan?
Kau malu bukan? Malu pada siapa?
Manusia? Kenapa itu yang kau pentingkan?

Wahai diri,
Sampai bila mahu kau rosakkan dirimu,
Kembalilah kepada fitrah asal kejadian kau…
Bukankah Allah berfirman: Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum itu, melainkan mereka itu sendiri yang mengubahnya?
Kau tidak yakin pada janji Allah? Jangan wahai diri….
Kau HAMBA kepada-NYA,
Jangan menjadi seorang yang BODOH SOMBONG!

Wahai diri,
Aku harap kau muhasabah kembali perjalanan kehidupan kau,
Aku tahu siapa diri kau yang sebenar…
Lantas, aku tak mahu kau terus hanyut dengan dunia ciptaan kau sendiri,
Biarkan sejarah hitam itu berlalu,
Kehidupan kau berada di hadapan, jangan kau kaburkan pandangan kau,
Matlamat kehidupan kau mencari keredhaan Allah,
Andai tiada redha Allah, mana mungkin kau masuk syurga Allah…

Wahai diri,
Cukup-cukuplah,
Yakinlah dengan janji Allah,
Aku tahu sukar bagi kau untuk tinggalkan segalanya,
Aku doakan agar kau diberikan kekuatan,
Agar segalanya akan kembali seperti kau yang dahulu….

Wahai diri,
Aku sayangkan kau,
Aku tak mahu kau terus hanyut….
Jangan pergi jauh….
Kembalilah dalam pelukan kasih sayang Allah….

Sesungguhnya DIA MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG…

Selamat Hari Lahir ke-22 wahai DIRI!

2 comments:

suhailie said...

Selamat hari lahir...hehehe dah selamat sampai 22thn.
pada ulang tahun akak yang ke 22 dulu...akak sgt terharu dgn kwn akak ( yg lepas tu jd rumate akak-skarang da jd ex sbb die da hbs blaja.hihihi). die mesej je. tapi mesej tu sgt bererti. dia bkn setakat wish...tapi die beri peringatan. setahun lagi dari hidup akak dah berlalu....
"live ur life to the fullest"

@deQashaH said...

thank you kak su...Birthday kali ni banyak juga dapat tazkirah dari sahabat-sahabat. Alhamdulillah, semuanya mendoakan yang terbaik untuk diri syah...